News Hightlight

Tahniah Y.Brs. Tuan Haji Ir. Omar bin Mat Piah atas perlantikan sebagai Ketua Pengarah JKKP dari Pengurusan Malaysian Society for Occupational Safety and Health (MSOSH)

sumber gambar: www.thestar.com.my

Peningkatan yang ketara dalam bidang pembinaan di Malaysia telah memberikan peluang lebih banyak kepada syarikat-syarikat pembinaan untuk melibatkan diri dalam arena pembangunan Negara. Adalah menjadi hasrat utama Malaysia khususnya buat majikan untuk memastikan persekitaran kerja yang sihat dan selamat kerana ianya memberi kesan yang positif dalam meningkatkan produktiviti para pekerja dan seterusnya memberi manfaat berlipat kali ganda kepada organisasi. Selari dengan perubahan dan perkembangan aktiviti perindustrian dan pembangunan di Malaysia pada waktu ini, keperluan untuk  memastikan tempat kerja yang selamat dan sihat adalah sangat penting dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan di tempat kerja.

Mengikut Akta Keselamatan & Kesihatan Perkerjaan 1994 (Akta 514), didalam Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pegawai Keselamatan dan Kesihatan) 1997, adalah menjadi kewajipan seseorang pegawai keselamatan dan kesihatan untuk menasihati majikan atau mana-mana orang yang bertanggungjawabbagi sesuatu tempat kerja mengenai langkah-langkah yang perlu diambil bagi kepentingan keselamatan dan kesihatan orang-orang yang diambil kerja di tempat kerja itu. Justeru, tugas pengamal- pengamal keselamatan dan kesihatan (KKP) pekerjaan dari seluruh negara yang  bekerja di industri mahupun di tapak bina adalah sangat penting  dalam menjadikan tempat kerja selamat, sihat dan bebas dari kemalangan dan penyakit pekerjaaan.


Keperluan pengamal- pengamal KKP di sektor pembinaan khususnya Pegawai Keselamatan dan Kesihatan wajib diberi keutamaan dimana mereka merupakan tenaga penting  dalam memastikan peningkatan tahap persekitaran kerja yang lebih baik. Cabaran sangat tinggi turut di hadapi oleh Pegawai Keselamatan dan Kesihatan yang berhadapan dengan kontraktor asing dari pelbagai latar belakang, berlainan budaya dan cara kerja. Antara cabaran yang dihadapi oleh mereka termasuklah perbezaan bahasa, perbezaan cara kerja dan perbezaan keperluan perundangan dan garis panduan yang ada dalam proses kerja. Kekangan ini kadang kala membuatkan Pegawai Keselamatan dan Kesihatan sering berada dalam dilemma demi menjalankan tanggungjawab menasihati majikan, kontraktor dan pekerja berkaitan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Pihak majikan juga mesti memainkan peranan penting dengan menerangkan kepada kontraktor asing berkenaan keperluan perundangan KKP yang ada di Malaysia termasuk garis panduan yang sedia ada untuk diadaptasi dan dipraktikkan dalam aktiviti setiap pekerjaan bagi mewujudkan satu budaya kerja yang selamat dan berkualiti.

Pihak MSOSH mengharapkan agar semua pihak yang terlibat dalam sektor industri dan sektor pembinaan termasuk majikan, kontraktor tempatan dan kontraktor asing  supaya dapat bekerjasama dan komited dalam menjadikan tempat kerja masing-masing kondusif, selamat dan sihat. Etika kerja dan professionalisma sangat perlu ditekankan kepada semua agar hasrat untuk mengurangkan kadar kemalangan di Malaysia berjaya dilaksanakan.

Menjelang dan seiring dengan Hari Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Sedunia 2018 pada bulan April ini iaitu di sambut pada 28 April 2018, MSOSH ingin mengsyorkan agar kerja buat dan peranan pengamal-pengamal KKP ini diberikan perhatian. Pihak majikan boleh membuat anugerah dalaman kepada pengamal- pengamal KKP dan juga penyelia yang telah menunjukkan prestasi kerja yang terbaik serta membantu syarikat mengurangkan kadar kemalangan di tempat kerja. Anugerah dan penghargaan yang diberikan akan dapat meningkatkan lagi motivasi pekerja serta menunjukkan komitmen majikan dalam memberi sokongan padu di atas usaha yang dilakukan oleh pengamal- pengamal KKP di Negara ini.

MSOSH juga mengalu-alukan pengamal-pengamal KKP agar melibatkan diri dalam mana-mana NGO KKP yang boleh menjadi platform untuk meningkatkan lagi pengetahuan dan maklumat terkini dalam pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja. Mereka juga berpeluang melibatkan diri dalam aktiviti CSR yang diadakan serta mendapatkan maklumbalas dan diskusi secara langsung berkenaan isu-isu keselamatan dan kesihatan yang ada di Malaysia.

Sumbangan setiap majikan, pengamal KKP, NGO KKP dan pekerja adalah penting dan bermakna dalam usaha memperkukuhkan lagi pembentukan “Budaya Kerja Sihat dan Selamat” di kalangan majikan dan pekerja sejajar dengan Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHMP 2020). Bersama-samalah kita saling bergandingan agar persekitaran kerja yang selamat, sihat dan harmoni dapat dipertingkatkan ke tahap yang membanggakan.
 
Khairuddin Hairan
Presiden
Malaysian Society for Occupational Safety & Health (M.S.O.S.H)

MSOSH MENAWARKAN UNTUK BEKERJASAMA DENGAN SYARIKAT YANG BERMINAT UNTUK MENJALANKAN BENGKEL PANDUAN AKTIVITI SIHAT DI SYARIKAT ANDA : 1 HARI IN-HOUSE TRAINING (SUBSIDI DARI PERKESO)

Keutamaan Syarikat :

1) Ahli Korporat MSOSH yang lama atau baru 

2) Syarikat yang menyertai pertandingan MSOSH OSH Award

3) Syarikat mempunyai ahli MSOSH yang aktif dan mempunyai Jawatankuasa K&K. 

4) Syarikat yang mempunyai ramai (>10 org) pekerja yang mengalami masalah kesihatan seperti obesiti, darah tinggi, kencing manis, kolesterol, jantung dll. 

Organisasi yang berminat boleh hubungi Dr Shawal-0133687255 untuk pra -pendaftaran dan saringan kelayakan serta syarat -syarat penyertaan.

INTER VARSITY SHORT VIDEO COMPETITION
• YouTube video competition : 1st March to 15th May 2018


• Theme(s): Noise, chemical and ergonomics only


• Entrance is free


• The video should be in improving awareness among workers in
general and top managements


• Students can work alone or in groups


• Students can submit more than 1 categories and numbers of video


• Video should be within 3 to 5 minutes


• Top three video will be uploaded in DOSH website


• Evaluation criteria will be based on information, easy to
understand, design and creativity


• The award ceremony will be during National OSH Program 2018


• Any inquiry : 1) Dr Shaharuddin (shaha@upm.edu.my) 2) Dr Ng Yee
Guan (shah86zam@gmail.com)


Registration : https://goo.gl/forms/hWC6fYe5wo7JLmHi1
Submission is through email (file attachment/dropbox/google drive
link) to secretary@hfem.org

MSOSH

The Malaysian Society for Occupational
Safety & Health (MSOSH)

4th Floor Wisma PERKESO,
Lot 141, Jalan Selangor,
Section 6, 46990 Petaling Jaya,
Selangor, Malaysia.

Tel: +603-7956 1763
Fax: +603-7955 7195

Don't have an account yet? Register Now!

Sign in to your account