News Hightlight

*SALAM KEMERDEKAAN 2018*"
🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾
Bismillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan rahmatNya kita dapat meraikan Hari Kemerdekaan Malaysia kali ke-61 dengan tema “Sayangi Malaysiaku”. Tema Hari Kemerdekaan kali ini bertepatan dengan konsep menjaga keselamatan dan kesihatan di tempat kerja dan dalam aspek kehidupan masyarakat Malaysia.

Sebagai seorang pekerja, kita boleh menterjemahkan rasa sayang kepada Negara tercinta dengan menyayangi diri kita terlebih dahulu. Kesedaran terhadap kepentingan menyayangi diri sendiri, menyayangi rakan sekerja dan menyayangi syarikat serta melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan sempurna merupakan satu sikap yang sangat mulia.

Kesedaran yang tinggi terhadap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja dan kehidupan seharian adalah salah satu faktor bagi memastikan rakyat Malaysia dapat hidup dengan aman dan sejahtera. Para pengamal keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tanahair turut memainkan peranan penting bersama majikan dalam memastikan persekitaran tempat kerja yang selamat, sihat dan sejahtera kepada semua pekerja.

Tempat kerja yang kondusif dan bebas dari risiko kemalangan perlulah disediakan oleh majikan agar para pekerja di Malaysia dapat melaksanakan tugas dengan selesa, selamat dan sihat selain menjamin keselamatan orang awam yang berada berhampiran dengan tempat kerja berkenaan. Perkara ini secara tidak langsung dapat meningkatkan budaya kerja selamat setiap masa ke arah mengaplikasikan “Sayangi Malaysiaku” di dalam kehidupan seharian.

Selain itu, aspek kesihatan juga sangat penting bagi menjamin tahap kesihatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia. Kesihatan fizikal dan mental perlulah diberi perhatian serius demi memastikan rakyat Malaysia dapat berdaya-saing dan mampan dalam memacu Malaysia ke arah negara maju. Rakyat yang menyayangi kesihatan tubuh badan sendiri pasti berusaha menyayangi keluarganya dan Negaranya. Hargailah keselamatan dan kesihatan dalam kehidupan seharian kita semua!

*“SAYANGI MALAYSIAKU”*

*SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN NEGARA YANG KE- 61*

Malaysia Society for Occupational Safety and Health (MSOSH)

31 OGOS 2018

http://www.msosh.org.my

MSOSH

The Malaysian Society for Occupational
Safety & Health (MSOSH)

4th Floor Wisma PERKESO,
Lot 141, Jalan Selangor,
Section 6, 46990 Petaling Jaya,
Selangor, Malaysia.

Tel: +603-7956 1763
Fax: +603-7955 7195

Don't have an account yet? Register Now!

Sign in to your account