News Hightlight
MSOSH merakamkan ucapan takziah dan turut berkongsi kesedihan di atas pemergian enam orang penyelam Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) yang lemas ketika menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang remaja yang terjatuh ke dalam lombong di Taman Putra Perdana semalam.

Kejadian dan tragedi ini sangat mengejutkan kerana ianya berlaku ketika semua anggota sedang melaksanakan kerja dalam operasi SAR. Bagi MSOSH, pemergian anggota seramai 6 orang ini merupakan kehilangan yang besar buat negara.

Anggota BOMBA yang terkorban ini merupakan wira sebenar yang telah sanggup menggadaikan nyawa demi tugas menyelamatkan orang lain. Mereka semua ibarat pekerja yang sanggup mengorbankan nyawa dalam operasi kerja dan tugas harian. 

MSOSH juga mengharapkan agar operasi SAR seterusnya untuk mencari remaja lelaki berusia 17 tahun tersebut dipermudahkan dan dijauhkan dari sebarang kemalangan. Semoga tragedi serupa tidak akan berulang di masa akan datang dan MSOSH memandang serius kemalangan yang meragut nyawa khususnya untuk anggota yang sedang bekerja. 

Kepada semua rakyat Malaysia, marilah kita bersama memanjatkan doa semoga wira-wira ini ditempatkan bersama orang-orang beriman di akhirat sana. Sudah tentu jasa dan pengorbanan mereka ketika melaksanakan amanah kerja ini tidak mampu untuk dibalas oleh kita semua. Kepada seluruh ahli keluarga, diharapkan semoga bersabar dan tabah menerima ujian ini. Sesungguhnya Allah SWT sangat menyayangi mereka yang telah berkorban untuk Negara. *Merekalah WIRA NEGARA. AL FATIHAH*

*KHAIRUDDIN BIN HAIRAN*
*PRESIDEN*
*MALAYSIAN SOCIETY FOR OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH (MSOSH)*
4/10/2018

 

MSOSH

The Malaysian Society for Occupational
Safety & Health (MSOSH)

4th Floor Wisma PERKESO,
Lot 141, Jalan Selangor,
Section 6, 46990 Petaling Jaya,
Selangor, Malaysia.

Tel: +603-7956 1763
Fax: +603-7955 7195

Don't have an account yet? Register Now!

Sign in to your account