News Hightlight

Persatuan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (MSOSH)

Perutusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2019 MSOSH

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakaatuh, Salam Sejahtera dan Salam Sayangi Malaysiaku

Alhamdulillah….Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana kita telah diberikan peluang untuk menjalankan dan menunaikan amanah serta tanggungjawab kita ke arah memastikan tempat kerja yang selamat, sihat dan sejahtera sepanjang 2018 yang lalu.

Buat semua pengamal Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP)… jadikan kegagalan, kelemahan dan kekurangan pada tahun 2018 sebagai batu asas untuk kita membina kekuatan dan keyakinan diri yang lebih tinggi untuk berjaya dengan lebih cemerlang. Kerja buat kita ini perlu diteruskan tanpa henti dan tanpa mudah berputus asa.

Warga MSOSH dan pengamal KKP yang dikasihi sekalian,

Dalam mengorak langkah menuju tahun 2019, MSOSH ingin mengajak kita semua mengimbas kembali peristiwa-peristiwa sedih yang melibatkan pekerja sepanjang tempoh 2018. Pelbagai insiden dan tragedi telah berlaku sama ada di sektor swasta mahupun di sektor awam seperti kemalangan di tapak pembinaan, kemalangan dalam usaha menyelamat dan juga kemalangan yang melibatkan orang awam.

Tahun 2019 ini pula merupakan tahun yang agak mencabar dengan ledakan teknologi maklumat dan juga Revolusi Industri 4.0 yang berkembang pesat. MSOSH akan bergandingan menyokong dan mendokong usaha Kerajaan dalam pelaksanaan Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHMP2016-2020), Pelan Strategik Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Tapak Bina dan juga Pelan Strategik Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Industri Kecil dan Sederhana dalam usaha mengurangkan kemalangan di tempat kerja. Selaras dengan pelan-pelan strategik diatas, pihak MSOSH juga melancarkan Pelan Strategik MSOSH2021 didalam usaha menyokong dan membantu mencapai perancangan OSHMP2020 kerajaan. Melalui Pelan Strategik MSOSH2021, ia akan menjadi batu asas didalam merancang aktiviti dan program MSOSH demi memertabatkan professionalisme pengamal KKP dan juga mencapai visinya dengan memainkan peranan lebih proaktif diperingkat Asia Pasifik.

Menjelang tahun baru 2019, MSOSH mendoakan agar semua ahli MSOSH dan pengamal KKP diberikan kekuatan untuk mempertingkatkan keazaman, usaha, disiplin dan integriti bagi memastikan aspek keselamatan, kesihatan dan persekitaran yang ada di tempat kerja kita dan di Negara kita akan dapat diperbaiki dan mencapai indek prestasi yang dikehendaki.

Terima kasih kerana menjadi ahli MSOSH, menyokong MSOSH dan memilih bidang KKP sebagai kerjaya anda. Yakin dan percayalah bahawa anda insan terpilih dan MSOSH sangat menghargai segala usaha anda dalam membantu oganisasi dan Negara ke arah mengurangkan kemalangan di tempat kerja.

MSOSH amat mengalu-alukan pandangan, teguran dan penambahbaikan daripada semua pengamal KKP bagi memantapkan lagi pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang ada di Malaysia. Sama-sama kita bergandingan dan menjadikan persatuan ini lebih mantap, releven dan mampu memberi khidmat untuk semua. Semoga kehadiran 2019 akan memberikan manfaat dan keberkatan kepada kita, organisasi kita dan Negara Malaysia tercinta.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2019

Persatuan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (MSOSH)

MSOSH

The Malaysian Society for Occupational
Safety & Health (MSOSH)

Wisma MSOSH
No. 1, Jalan Pegaga D U12/D
Section U12, 40170 Shah Alam,
Selangor, Malaysia.

  Tel: +603-3359 8046/8048/8049
Fax: +603-3358 7196

Don't have an account yet? Register Now!

Sign in to your account