News Hightlight

 

 

Merujuk kepada Garis Panduan Promosi Kesihatan di Tempat Kerja yang dikeluarkan oleh PERKESO pada 2016 dalam mempromosikan keselamatan, kesihatan pekerja di tempat kerja yang lebih sihat dan selamat.

 

Buat pengetahuan tuan/puan, MSOSH telah dilantik sebagai agensi yang bertanggungjawab dalam mengurus dan menyelaras Pertandingan Promosi Kesihatan di Tempat Kerja. Sehubungan dengan itu, MSOSH ingin menjemput pihak tuan/puan untuk menyertai Pertandingan Promosi Kesihatan di Tempat Kerja ini berpandukan Garis Panduan berkenaan:

 

Elemen-elemen UTAMA :

  1. A)Komitmen Majikan
  2. B)Komitmen Pekerja
  3. C)Penilaian Keperluan
  4. D)Pewujudan Persekitaran Sihat
  5. E)Aktiviti Intervensi Pelaksanaan Aktiviti
  6. F)Promosi dan Publisiti
  7. G)Saringan Kesihatan
  8. H)Pemantauan dan Penilaian

Syarikat akan dinilai dan diberikan Tahap mengikut Kriteria seperti berikut:

 

Tahap Kriteria Penilaian Hadiah
Tahap 1

-          Menubuhkan Jawatankuasa Promosi Kesihatan di Tempat Kerja

-          Mewujudkan Polisi Promosi Kesihatan di Tempat Kerja yang ditandatangani oleh Pihak Pengurusan Tertinggi

Sebuah Penimbang berat, pengukur tinggi dan alat pengambilan tekanan darah
Tahap 2 -          Menjalankan penilaian keperluan (rekod cuti dan ketidakhadiran, termasuk cuti sakit, kos pembiayaan perubatan dan hospitalisasi untuk kes-kes Non-communicable Disease(NCD), rekod kesihatan pekerja termasuk kemalangan dan penyakit pekerjaan) Sebuah Penimbang berat, pengukur tinggi dan alat pengambilan tekanan darah
Tahap 3 -          Menjalankan aktiviti intervensi spesifik berdasarkan isu yang ditemui dalam analisa keperluan terutamanya saringan kesihatan(lain-lain intervensi: makan secara sihat, hidup yang aktif, pengurusan berat badan unggul, tidak merokok, tidak mengambil alkohol, penyalahgunaan dadah, kesihatan dan keseimbangan mental) Sebuah Penimbang berat, pengukur tinggi dan alat pengambilan tekanan darah
Tahap 4 -          Pemantauan dan penilaian program (impak jangka pendek, sederhana, panjang) dan penambahbaikan.

Sebuah Penimbang berat, pengukur tinggi dan alat pengambilan tekanan darah

 

Tahap 5 -          Mengoptimakan kes-kes NCD di syarikat (rawatan untuk kes lama terkawal, mencegah kes-kes baru) Sebuah Penimbang berat, pengukur tinggi dan alat pengambilan tekanan darah

 

Pemenang akan diraikan mengikut tahap pencapaian di satu majlis yang akan dianjurkan pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian dimana pemenang akan menerima sijil dan plak iringan mengikut tahap pencapaian. Untuk makluman tuan/puan, penyertaan bagi program ini akan dikenakan yuran komitmen sebanyak RM 500.00.

 

Sebagai menyokong syarikat yang akan menyertai pertandingan ini, MSOSH akan mengadakan latihan selama sehari yang akan merangkumi aspek teori dan praktikal untuk memulakan Promosi Kesihatan di Tempat Kerja (Workplace Health Promotion). Untuk penjelasan yang lebih lanjut, sila rujuk kertas kerja program di dalam lampiran. Syarikat yang terlibat juga boleh mengadakan program saringan kesihatan dengan kerjasama PERKESO di bawah skim Health Screening Program (HSP) pada hari yang sama.

  

Penyertaan dalam program WHP ini juga akan membantu menambahkan mata dalam penyertaan di dalam MSOSH Audit award bagi syarikat yang menyertainya. Untuk pendaftaran sila lengkapkan borang penyertaan di pautan berikut:

https://forms.gle/4vUqagLbNM8KfVqw6

 

Sebarang pertanyaan berkenaan pertandingan atau penetapan tarikh latihan, sila hubungi Sekretariat MSOSH, Cik Wahidah ditalian 03-33598046.

 

Sekian terima kasih.

MSOSH

The Malaysian Society for Occupational
Safety & Health (MSOSH)

Wisma MSOSH
No. 1, Jalan Pegaga D U12/D
Section U12, 40170 Shah Alam,
Selangor, Malaysia.

  Tel: +603-3359 8046/8048/8049
Fax: +603-3358 7196

Don't have an account yet? Register Now!

Sign in to your account