RSEvent

Workplace Health Promotion ( 1 Day In House Training)

On 17 Jun 2019

Program Promosi Kesihatan di Tempat Kerja (Workplace Health Promotion) (MSOSH-PERKESO)

Merujuk kepada Garis Panduan Promosi Kesihatan di Tempat Kerja yang dikeluarkan oleh PERKESO pada 2016 dalam mempromosikan keselamatan, kesihatan pekerja di tempat kerja yang lebih sihat dan selamat.

Buat pengetahuan tuan/puan, MSOSH telah dilantik sebagai agensi yang bertanggungjawab dalam mengurus dan menyelaras Pertandingan Promosi Kesihatan di Tempat Kerja. Sehubungan dengan itu, MSOSH ingin menjemput pihak tuan/puan untuk menyertai Pertandingan Promosi Kesihatan di Tempat Kerja ini berpandukan Garis Panduan berkenaan:

Elemen-elemen UTAMA :

A)Komitmen Majikan
B)Komitmen Pekerja
C)Penilaian Keperluan
D)Pewujudan Persekitaran Sihat
E)Aktiviti Intervensi Pelaksanaan Aktiviti
F)Promosi dan Publisiti
G)Saringan Kesihatan
H)Pemantauan dan Penilaian


Sebagai menyokong syarikat yang akan menyertai pertandingan ini, MSOSH akan mengadakan latihan selama sehari untuk memulakan Promosi Kesihatan di Tempat Kerja (Workplace Health Promotion). Yuran komitmen untuk menyertai proram ini adalah RM 500 yang akan merangkumi:

a) Sesi latihan selama sehari untuk 30 peserta
b) Logistik penceramah
c) Kit saringan kesihatan
d) Bahan promosi kesihatan di tempat kerja
e) 1 kerusi untuk 'MSOSH OSH Award'


Untuk pendaftaran sila lengkapkan borang penyertaan di pautan berikut:

https://lnkd.in/fNbsgQ4

Sebarang pertanyaan berkenaan pertandingan, sila hubungi Sekretariat MSOSH, ditalian 03-33598046 atau whatsapp 010-3077299

Keutamaan akan diberikan kepada syarikat di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor.

MSOSH

The Malaysian Society for Occupational
Safety & Health (MSOSH)

Wisma MSOSH
No. 1, Jalan Pegaga D U12/D
Section U12, 40170 Shah Alam,
Selangor, Malaysia.

  Tel: +603-3359 8046/8048/8049
Fax: +603-3358 7196

Don't have an account yet? Register Now!

Sign in to your account