News Hightlight

On behalf of Malaysian Society for Occupational Safety and Health (MSOSH) Management Committee and the MSOSH Annual OSH Award Organizing Committee (MSOSH Award 2021), we would like to take this opportunity to wish your organisation a very safe, healthy and sustainable incoming new year 2021.

The year 2020 is a very challenging for all of us in Malaysia and also other parts of the world due to Covid19 Pandemic. It is an eye opener for everybody, not just from the employers, employees and OSH Practitioners point view, but also from all level of societies on the importance managing the Covid19 pandemic correctly and systematically.

The awareness on environmental health risk is increase dramatically on the importance to comply with Standard Operating Procedure (SOP) developed by Ministry of Health Malaysia, Majlis Keselamatan Negara (MKN), MITI etc. Due to Covid19 Pandemic, it impacts directly on the overall operation of MSOSH, not just the MSOSH Award Audit, but also the luncheon program last year.

MSOSH needs to adapt different approaches as part of our commitment to comply with Covid19 SOP without sacrificing the quality of the audit process and also luncheon event. Based on remote audit approach and also introducing MVOC (MSOSH Virtual OSH Award Ceremony) as a replacement of luncheon event, alhamdulillah both events were executed smoothly with slightly delay from the overall schedule.

For this year 2021, MSOSH slightly delay announcing the MSOSH Award 2021 event. This is because we need to assess the current risk Covid19 Pandemic situation in order to decide to continue organizing the event this year. After lengthy and thoroughly discussion with MSOSH Award Committee and MSOSH Committee, today we launch the opening of the MSOSH Award 2021.

So, it is the time again to look back at your organisations’ OSH performance so that the nation can move forward into the New Year with a stronger determination to continually improve OSH performance in your organisations. For MSOSH Award 2021, with new elements and expectations of OSH Management on leadership, commitment, Covid19 Pandemic Management and other occupational health issues at the workplace as part of revised audit checklist.

For this purpose, the MSOSH is inviting your organisations to join the coming MSOSH Award 2021.Your organisation’s participation will assist your organization to assess your OSH Performance and management from an independent OSH practitioners counterpart. Furthermore, it will enrich our shared experience in OSH and will benefit the Malaysian society at large. Some of few key dates for MSOSH Award 2021 that need to remember this year are:

1st March 2021- MSOSH Award 2021 online application is open

1st April 2021 - Closing date for online registration and document submission

31st August 2021 – Completed MSOSH Award Audit

28th October 2021 – MSOSH Award 2021 Ceremony

We look forward to your company’s support and participation, which will also act as a catalyst in the promotion of OSH for the nation.

A one day briefing will be conducted on the  January 2021 for the registration please click http://bit.ly/MSOSHOSHAWARD2021-BRIEFINGSESSIONS

It is important to update on the latest terms and condition for participation this round in 2021. Bonus mark will be given for attendance of company representatives at these briefings.

We would be glad if your organisation can share this information with all member organisations.

Thank you very much for your past participation, and welcome to new participants. We can march together to advance OSH in our lovely country Malaysia.

Yours faithfully,

MALAYSIAN SOCIETY FOR OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH

MOHAMAD ALIASMAN MORSHIDI

ORGANISING CHAIRMAN

39th MSOSH AWARDS 2021

Oleh Erda Khursyiah Basir

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Baru-baru ini tular kisah seorang lelaki yang dikatakan terpaksa berbohong kepada isterinya yang beliau keluar bekerja sedangkan realitinya, sudah tiga bulan beliau diberhentikan kerja sewaktu tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kisah lelaki itu menjadi buah mulut warganet selepas beliau menghubungi stesen radio tempatan dan menceritakan bagaimana dia berpura-pura keluar rumah dengan pakaian kerja lengkap setiap hari seperti biasa. Apa yang isterinya tidak tahu, dia turut membawa baju ‘spare’.

Lelaki itu yang diberhentikan kerja tanpa notis berikutan pandemik COVID-19 dan kini melakukan kerja-kerja biasa bagi menampung perbelanjaan harian, turut berkongsi bahawa sebagai ketua keluarga, amat sukar untuk dirinya berterus-terang dengan isterinya, selain dihimpit rasa serba salah dan tidak sampai hati.

 

KEMBALI BIMBANG, TERTEKAN

Itu hanyalah secebis daripada banyak lagi kisah perjalanan penuh ‘onak dan duri’ yang perlu dilalui oleh ramai insan, susulan krisis pandemik COVID-19 yang bukan sahaja melanda Malaysia bahkan seluruh dunia. 

Sama ada kita ambil peduli atau tidak, tidak boleh dinafikan apa yang berlaku ini sememangnya menyentuh hati ramai pihak malah ada yang cuba membayangkan seandainya situasi itu berlaku kepada diri masing-masing.

Ditambah pula jika ramai tanggungan yang perlu diberi makan, minum dan pakai. Bagaimana agaknya mereka dapat menempuh penderitan hidup itu?  

Mengulas perkara ini, Doktor Kesihatan Pekerjaan (OHD), Dr Shawaludin Husin, berkata graf kerisauan rakyat termasuk golongan pekerja dan majikan tidak mustahil kembali meningkat berikutan situasi semasa pandemik. 

Menurut beliau, pada peringkat awal COVID-19 melanda negara, kebimbangan rakyat tertumpu kepada soal kesihatan dari aspek penularan atau jangkitan wabak.

Ia seterusnya melibatkan tekanan seperti menyesuaikan diri untuk bekerja dari rumah termasuklah isu penggunaan aplikasi teknologi tertentu untuk berhubung antara pekerja dan majikan serta pengadaptasian normal baharu semasa PKP, yang secara perlahan-lahan dapat diatasi. Rakyat pula semakin terbiasa dengan kelaziman baharu ini.

“Namun begitu, impak yang cukup besar semasa PKP adalah daripada sudut ekonomi apabila ramai pekerja hilang pekerjaan akibat diberhentikan, diberikan cuti tanpa gaji manakala majikan terpaksa menangguh sementara operasi malah ramai yang ‘gulung tikar’ dan menutup operasi perniagaan mereka akibat bebanan kewangan.  

“Rata-rata pekerja dan majikan kembali menarik nafas lega apabila kerajaan melaksanakan PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP). Walaupun perniagaan mungkin tidak serancak seperti sebelum pandemik, namun mereka kembali dibenarkan menjalankan operasi perniagaan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya kepada Bernama.

KESAN TAMAT MORATORIUM

ungguh pun begitu, trend peningkatan kes yang berlaku dalam tempoh lebih kurang dua minggu ini membuatkan ramai pekerja dan majikan kembali bimbang akan nasib mereka terutama apabila terdapat beberapa laporan isu pemberhentian pekerja oleh beberapa buah syarikat yang terjejas teruk. 

Dr Shawaludin yang juga Presiden Persatuan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (MSOSH) berkata, ditambah pula dengan tempoh moratorium yang tamat pada 30 September lepas, ia sedikit sebanyak turut menyumbang kepada tekanan golongan berkenaan kerana perlu membayar komitmen hutang bulanan seperti biasa. 

“Penghujung Oktober nanti, baru kita akan nampak impak ekonomi rakyat yang sebenar. Sebelum ini ada moratorium dan pelbagai insentif dan bantuan yang disediakan kerajaan dan beberapa pihak, jadi bebanan kewangan mereka mungkin tidak terlalu terasa.  

“Selepas ini (tamat tempoh moratorium) bukan sahaja pekerja ‘pening kepala’, bahkan majikan turut terkesan kerana perlu membayar kos sewa beli bangunan syarikat, mesin dan peralatan tertentu termasuklah memastikan aliran tunai mereka mencukupi untuk membayar gaji pekerja di samping kos-kos lain.  

“Jika tidak ditangani sewajarnya, perkara ini berisiko membawa kepada ‘bahaya psikososial’ (psychosocial hazard) yang lebih serius. Hilang pekerjaan, isu pengangguran, gagal dalam perniagaan dan sebagainya berisiko menyumbang kepada tekanan hidup dan seterusnya masalah sosial dalam masyarakat,” katanya sambil menambah pentingnya kajian dan soal selidik mengenai keadaan semasa ekonomi rakyat termasuk tempoh mereka mampu bertahan melalui insentif yang disediakan.

 

AKUI TEMPOH SUKAR

Menurut Dr Shawaludin, pekerja mahupun majikan perlu lebih maklum dan berterus terang dengan keadaan ekonomi masing-masing, kerana ia dapat membantu kedua-dua pihak membuat persediaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan. 

Beliau berkata, melalui tempoh sukar ini bukan sahaja menuntut soal timbang rasa, tolak ansur, empati dan kerjasama antara pekerja dan majikan, bahkan kedua-duanya perlu saling menyokong antara satu sama lain. 

“Majikan perlu berterus terang akan situasi semasa syarikat. Jangan sembunyikan jika syarikat sebenarnya berada dalam keadaan ‘genting’ dan tidak mampu membayar gaji pekerja. Jangan kata ‘okay’, tapi sebenarnya dah teruk. Jujurlah dengan pekerja, setidak-tidaknya mereka boleh membuat persediaan untuk mencari peluang kerja baharu kerana mereka juga ada ahli keluarga yang perlu ditanggung.

“Pekerja pula dalam masa yang sama bertimbang rasalah dengan bebanan yang perlu ditanggung majikan. Ingatlah jasa majikan dan cuba membantu semampu yang boleh untuk memulihkan situasi syarikat. Dalam keadaan ini pekerja dan majikan perlu menjadi lebih kreatif dan berani mencuba strategi baharu perniagaan bagi memastikan operasi dapat diteruskan,” katanya.  

Turut menyentuh mengenai peranan majikan dalam melindungi pekerja berikutan pandemik COVID-19, beliau berkata adalah menjadi kewajipan setiap majikan dan orang yang bekerja sendiri memastikan premis mereka sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan.

Beliau berkata, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA 1994), turut terpakai dalam situasi semasa ketika ini. Majikan serta mereka yang bekerja sendiri bertanggungjawab memastikan persekitaran tempat kerja selamat dan sihat bukan sahaja daripada aktiviti kerja seperti bahan kimia dan bunyi bising, tetapi juga risiko biological hazard seperti jangkitan COVID-19. 

Ia bukan sahaja melibatkan pekerjaan yang terdedah secara langsung terhadap pandemik ini seperti petugas barisan hadapan (frontliners) termasuk doktor,  jururawat, kakitangan makmal dan pemandu ambulans, namun turut terpakai kepada pekerjaan lain yang turut berisiko terhadap jangkitan pandemik melalui rakan sekerja, pelawat serta kontraktor yang masuk ke dalam premis bangunan tempat kerja.

“Dalam hal ini, mana-mana individu yang tidak mematuhi SOP sebagai contoh tidak mengimbas kod QR MySejahtera, mengambil suhu badan, mengamalkan penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka, tidak sewajarnya dibenarkan memasuki premis. Mana-mana majikan ataupun individu yang bekerja sendiri boleh mengambil tindakan kepada mereka yang terlibat kerana berisiko mendatangkan kemudaratan kepada individu lain,” katanya. 

Sumber: Berita Asal BERNAMA

Ahli-ahli MSOSH dan Pelanggan yang dihormati,

Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berkuatkuasa 14 hingga 9 November 2020, adalah dimaklumkan bahawa pejabat MSOSH yang beralamat di Wisma MSOSH, No. 1-1, Jalan Pegaga DU12/D, Pusat Perdagangan Desa Alam, Seksyen U12, 40170 Shah Alam, Selangor akan terus beroperasi sepanjang tempoh berkenaan mengikut ketetapan kerajaan iaitu 10.00 pagi hingga 2.00 petang sahaja.

Pengoperasian pejabat MSOSH adalah tertakluk kepada pematuhan peraturan-peraturan PKPB yang dikuatkuasakan oleh pihak Kerajaan.

Dalam hal ini, ahli-ahli MSOSH dan pelanggan dinasihatkan untuk membuat temujanji sebelum hadir berurusan di pejabat MSOSH.

Bagi mengelakkan sebarang kesulitan, MSOSH juga menasihatkan ahli-ahli dan pelanggan untuk memanfaatkan sepenuhnya perkhidmatan atas talian (online) yang telah disediakan seperti: 

  1. Semua program latihan bersemuka yang telah dijadualkan akan ditangguhkan. Platform latihan atas talian (online) akan diteruskan.
  2. Semua mesyuarat yang telah dijadualkan secara bersemuka juga akan ditangguhkan dan akan diteruskan secara atas talian (online)
  3. Studio dan platform digital MSOSH akan digunakan sepenuhnya buat masa ini untuk menyokong program-progam yang telah dirancangkan.
  4. MSOSH memohon kepada semua ahli dan pelanggan supaya kekal tenang dan patuhi kepada arahan SOP yang dikeluarkan oleh pihak Kerajaan dari masa ke semasa.

 Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Sekretariat MSOSH melalui talian:-

Pejabat MSOSH

03 – 3359 8046

admin@msosh.org.my

Sekretariat MSOSH

010 – 307 7299

sekretariat@msosh.org.my

MSOSH Academy

011 – 6503 1212

academy@msosh.org.my

 Sekian, terima kasih.

 Malaysian Society for Occupational Safety and Health (MSOSH)

14 Oktober 2020.

Berdasarkan hasil kunjung hormat MSOSH kepada JKKP pada 29 September 2020, pihak MSOSH mengambil inisiatif untuk melakukan satu kajian bagi mengumpul maklumat mengenai OYK di kalangan ahli-ahli MSOSH yang mempunyai masalah untuk memperbaharui OYK masing-masing disebabkan kehilangan pekerjaan, tiada majikan, tamat kontrak dan sebagainya.
Oleh yang demikian, pihak MSOSH memerlukan maklumat daripada tuan/puan berkaitan perkara ini untuk dibawa perhatian kepada pihak JKKP.

Sila isikan maklumat yang diperlukan seperti dibawah:

https://forms.gle/kajianMSOSHOYK

MSOSH

The Malaysian Society for Occupational
Safety & Health (MSOSH)

Wisma MSOSH
No. 1, Jalan Pegaga D U12/D
Section U12, 40170 Shah Alam,
Selangor, Malaysia.

Tel: +603-3359 8046/8048/8049
Fax: +603-3358 7196 HP: +6010-3077299(MSOSH) +6011-65031212(Academy)

Email: admin@msosh.org.my

Don't have an account yet? Register Now!

Sign in to your account