News Hightlight

Ahli-ahli MSOSH dan Pelanggan yang dihormati,

Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berkuatkuasa 14 hingga 9 November 2020, adalah dimaklumkan bahawa pejabat MSOSH yang beralamat di Wisma MSOSH, No. 1-1, Jalan Pegaga DU12/D, Pusat Perdagangan Desa Alam, Seksyen U12, 40170 Shah Alam, Selangor akan terus beroperasi sepanjang tempoh berkenaan mengikut ketetapan kerajaan iaitu 10.00 pagi hingga 2.00 petang sahaja.

Pengoperasian pejabat MSOSH adalah tertakluk kepada pematuhan peraturan-peraturan PKPB yang dikuatkuasakan oleh pihak Kerajaan.

Dalam hal ini, ahli-ahli MSOSH dan pelanggan dinasihatkan untuk membuat temujanji sebelum hadir berurusan di pejabat MSOSH.

Bagi mengelakkan sebarang kesulitan, MSOSH juga menasihatkan ahli-ahli dan pelanggan untuk memanfaatkan sepenuhnya perkhidmatan atas talian (online) yang telah disediakan seperti: 

  1. Semua program latihan bersemuka yang telah dijadualkan akan ditangguhkan. Platform latihan atas talian (online) akan diteruskan.
  2. Semua mesyuarat yang telah dijadualkan secara bersemuka juga akan ditangguhkan dan akan diteruskan secara atas talian (online)
  3. Studio dan platform digital MSOSH akan digunakan sepenuhnya buat masa ini untuk menyokong program-progam yang telah dirancangkan.
  4. MSOSH memohon kepada semua ahli dan pelanggan supaya kekal tenang dan patuhi kepada arahan SOP yang dikeluarkan oleh pihak Kerajaan dari masa ke semasa.

 Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Sekretariat MSOSH melalui talian:-

Pejabat MSOSH

03 – 3359 8046

admin@msosh.org.my

Sekretariat MSOSH

010 – 307 7299

sekretariat@msosh.org.my

MSOSH Academy

011 – 6503 1212

academy@msosh.org.my

 Sekian, terima kasih.

 Malaysian Society for Occupational Safety and Health (MSOSH)

14 Oktober 2020.

MSOSH

The Malaysian Society for Occupational
Safety & Health (MSOSH)

Wisma MSOSH
No. 1, Jalan Pegaga D U12/D
Section U12, 40170 Shah Alam,
Selangor, Malaysia.

Tel: +603-3359 8046/8048/8049
Fax: +603-3358 7196 HP: +6010-3077299(MSOSH) +6011-65031212(Academy)

Email: admin@msosh.org.my

Don't have an account yet? Register Now!

Sign in to your account